Zon Kuning
Bilik Pemerhatian
Bilik Asma
Zon Hijau
Anggaran masa menunggu:4j 10m
Untuk status pesakit, sila ke kaunter jururawat
Demi menjaga kerahsiaan maklumat pesakit, status individu tidak dipaparkan di sini. Jururawat di kaunter akan membantu anda.
Bukan kecemasan? Ke Klinik Kesihatan atau klinik GP
Sakit tekak, demam ringan, hidung berair, batuk ringan dan luka kecil bukan kes kecemasan. Sila ke Klinik Kesihatan atau klinik GP berdekatan.
Jika anda dilindungi Skim Perubatan MADANI, sila ke klinik GP yang berdaftar.
Perkara yang perlu anda tahu
Pesakit paling kritikal didahulukan
Pesakit dipanggil mengikut tahap kecemasan, bukan masa pendaftaran. Pesakit yang tiba selepas anda mungkin dipanggil dahulu.
Zon Merah & Zon Kuning
Zon ini untuk kes kecemasan dan kes yang mengancam nyawa. Pesakit dirawat serta-merta dan tidak diberikan nombor giliran.
Zon Hijau
Untuk kes kurang kritikal. Pesakit diberi nombor giliran dan menunggu sehingga dipanggil ke bilik rawatan.
Menunggu katil wad
Setelah pegawai perubatan atau pakar memutuskan pesakit perlu dimasukkan ke wad, pesakit menunggu di sini sehingga katil wad tersedia.
Selepas discaj
Nama pesakit kekal dalam sistem selama 24 jam selepas discaj, supaya keluarga masih boleh menyemak status.
Keadaan pesakit bertambah teruk?
Terus ke kaunter jururawat dengan segera. Jangan menunggu di luar.